Kenali Serangga
Tuesday, 27 December 2011
Aktiviti kanak-kanak
Klik disini http://www.ziggityzoom.com/onlinecolor.php?color=16 untuk layari aktiviti bersama kami
Sunday, 11 December 2011
Mari Menyanyi Lagu Rama-rama
Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-Rama Terbang Merata
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
Begitulah Hidup Manusia
Pada Allah Kita Berdoa
Agar Jadi Insan Mulia
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
Pada Allah Kita Berdoa
Agar Jadi Insan Mulia
Tapi Sayang Hidup Tak Lama
Wednesday, 7 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
Rama-rama
Adik-adik pernah lihat rama-rama?
Rama-rama adalah seekor serangga yang sangat cantik,warnanya berwarna warni. Ada warna merah,kuning,hijau dan macam-macam lagi. Rama-rama menghisap madu di Taman Bunga.
Adik-adik lihat !
Rama-rama sedang menghisap madu....Wah!...Cantik kan rama-rama ini.....
Kitaran Hidup Rama-rama
Tahukah adik-adik bahawa secara purata, seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, lahirlah seekor ulat bulu. Ulat bulu ini mempunyai nafsu makan yang menakjubkan selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu itu mencari tempat untuk bergayut. Ini menandakan bermulanya satu lagi kejadian hidup rama-rama. Ulat bulu itu akan menjadi seekor kepompong atau pupa. Kepak dan kakinya akan terbentuk. Akhirnya, jadilah seekor rama-rama.
Telur rama – rama adalah amat kecil, bujur, atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang amat halus dan lain – lain struktur mikroskopik. Rama – rama betina bertelur pada daun, batang tumbuhan, atau objek – objek yang lain, selalunya pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.
Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Ia selalunya mempunyai corak - corak jalur atau tompok – tompok yang menarik, dan juga mempunyai rerambut halus seakan – akan duri – duri halus. Ia merupakan peringkat mendapatkan makanan dan tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, ia menanggalkan kulitnya empat kali atau lebih untuk membaluti atau menyelaputi badannya yang membesar.
Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman yang mana tisu – tisu beluncas mengalami penggantian membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesis ialah jingga atau hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.
Peringkat dewasa (atau imago) adalah rama – rama atau kupu - kupu yang berwarna – warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama – rama. Peringkat dewasa melalui proses memikat, mengawan dan bertelur. Peringkat rama – rama atau kupu – kupu dewasa juga merupakan peringkat di mana mereka bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)